Tuesday, May 22, 2012

TEKNIK BERDAGANG

Aku sudah melibatkan diri hampir 11 tahun. Pelbagai petunjuk serta cara aku cuba. Banyak juga laman-laman sesawang yang aku terjah. Bosan hingga kini. Bagi aku pencarian sudah berakhir.

Aku dapat guna cara yang senang untuk berdagang. Balik pada asal. Ingin jual atau beli mesti KENA PADA TEMPAT. Pandai mana pun aku guna pendekatan petunjuk tetap tidak menjadi. MASALAH utama ialah tidak tahu WILAYAH atau KAWASAN untuk menjual.

Aku cerita pendek. Jika ingin berdagang AIS KRIM mestilah pergi kepada ANAK-ANAK KECIL. Jika ingin berdagang TELEFON BIMBIT mestilah kepada REMAJA atau DEWASA. Jadi, jika ingin berdagang mesti KENA PADA TEMPAT. Ingin senang berdagang kenalah tahu kawasan mana senang menjual dan kawasan mana senang membeli. Penyelesaian aku sudah dapat..kenali WILAYAH atau KAWASAN.
ASSALAM & SALAM SEJAHTERA

Bertukar daripada FACEBOOK ke blog biasa. Kawan kurang arif bidang-bidang baru. Lagi pun kurang masa.

Berdagang ini digalakkan dalam ISLAM. Malahan sumber rezeki yang tebesar.

Berdagang kelapa sawit bukannya asing. Sudah lama komoditi ini wujud malahan MALAYSIA adalah antara pengeluar terbesar.

Hendak memiliki ladang atau kebun bukannya susah. Banyak bank-bank tempatan beri pinjaman. Masalah utama yang dihadapi ialah KURANG MASA.

Berdagang Indeks Hadapan Kelapa Sawit jalan terbaik penyelesaian.